Sunday 30 October 2011

AKTIVITI MENYAMBUT 10 TAHUN KOLEJ KOMUNITI


PENDAFTARAN
Pendaftaran Pelajar Baru untuk sesi Januari 2012
Elaun Wang Saku sebanyak RM 250.00/sebulan
Kepada sesiapa yang berminat boleh datang terus ke
Kolej Komuniti Segamat atau hubungi
En.Ayubkhan Bin Abdul Kadir di talian 012-7529098/
07-9431633 / 07-9437067.

 
AKTIVITI
SAMBUTAN 10 TAHUN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
Jom datang ke Kolej Komuniti Segamat...
Pada 31 Oktober hingga 03 November 2011
Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena Sambutan 10 Tahun
Kolej Komuniti Segamat.

MINI KONVOKESYEN SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
02  November 2011 akan di adakan Mini Konvokesyen
Sijil Modular Kebangsaan dimana Penyerahan Sijil Kepada Pelajar SMK lulusan kumpulan kedua.
Tempat di Hadapan Kolej Komuniti, (majlis diadakan Sempena
Majlis Sambutan 10 Tahun Kolej Komuniti Segamat)

 






Selamat Datang ke Laman Web Kolej Komuiniti Segamat, Johor.
Pihak Kolej Komuniti Segamat mengalu-alukan kunjungan anda ke
 laman web kami.
 Seiring dengan perkembangan teknologi kini, penyampaian maklumat
melalui laman web amat berkesan pada masa kini bagi memudahkan
penerimaan dan penyampaian maklumat denganlebih cepat dan mudah.
 Dengan wujudnya laman web ini pihak KKSEG berharap dapat
memberi maklumat yang berguna kepada sesiapa yang
melayari laman web ini.


Untuk maklumat lanjut, Hubungi kami di :
Kolej Komuniti Segamat,
No.24-34, Jalan Putra 1/1,Bandar Putra,
85000 Segamat Johor
Tel: 07-9431633
Fax : 07-9436075
website: http:www.kkseg.edu.my

KURSUS SEPENUH MASA -SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

LATAR BELAKANG
Kolej komuniti adalah salah sebuah dari institusi pendidikan awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia). Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti.

Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan di seluruh negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran.

Dalam RMK 10, Kerajaan telah memperkenalkan pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti melalui perlaksanaan program modular yang dikenali sebagai Sijil Modular Kebangsaan (SMK). SMK ini membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaaan mereka yang berlandaskan kepada proses kerja di sektor industri. Modul ini pula boleh digabungkan untuk melayakkan pelajar dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.

Pendekatan modular yang lebih fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang merangkumi pelbagai disiplin menjelang tahun 2015 berbanding 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014. 
VISI
Meluaskan akses pendidikan melalui program pembelajaran sepanjang hayat kepada semua peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan pembangunan potensi 
MISI
Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan negara.




DASAR
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi latihan serta kemahiran kepada masyarakat setempat yang memerlukannya. Di samping itu, ia memberi peluang dan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan tercicir dalam sistem pendidikan, pekerja-pekerja serta masyarakat setempat melanjutkan pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka minati. 
Ia juga merupakan Pusat Latihan yang fleksible dalam penawaran kursus, syarat kemasukan, umur dengan menawarkan kursus sepenuh dan separuh masa berdasarkan kepada keperluan masyarakat setempat.
Kolej Komuniti juga berperanan sebagai Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan keperluan pendidikan lepas menengah dan sebelum ke pasaran ataupun melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. 
OBJEKTIF
 1.     Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah
         dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal.
  
 2.     Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan
         masyarakat setempat.

 3.     Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat,
         kerajaan setempat dan sektor swasta bai memajukan masyarakat
         setempat.  
APA ITU SIJIL MODULAR KEBANGSAAN ?

Program latihan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN adalah program latihan kemahiran jangkapendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar. Setiap SIJIL MODULAR KEBANGSAAN adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja. SIJIL MODULAR KEBANGSAAN telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat.


Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. Setiap SIJIL MODULAR KEBANGSAAN membawa sejumlah mata kredit yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Peserta boleh mengikuti program mana-mana SIJIL MODULAR KEBANGSAAN yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan mereka - dan apabila beberapa SIJIL MODULAR KEBANGSAAN telah diperolehi, maka peserta layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti
Program latihan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN dilaksanakan dengan pelbagai kaedah samada sepenuh masa, separuh masa ataupun kaedah perantisan dengan kerjasama industri-industri untuk tujuan peningkatan kemahiran pekerja-pekerja industri. 
Pendekatan latihan secara Pembelajaran-Berasaskan-Tindakan memberi fokus kepada pelbagai jenis pelajar (Learner Types) sesuai dengan sasaran Kolej Komuniti. Dengan pendekatan ini, aksi-aksi dan proses-proses di dalam dunia pekerjaan akan disimulasikan di dalam dunia pembelajaran (Kolej Komuniti). Peserta akan melakukan kerja sebenar di dalam kumpulan dan proses refleksi akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi tujuan pembelajaran. Selain daripada dianugerahkan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN setelah tamat program latihan, peserta juga boleh memilih untuk mendapatkan persijilan lain.
Konsep Kurikulum Kemahiran Bermodular Separuh Masa pula adalah seperti berikut:-
1.    Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan adalah program latihan
              kemahiran jangka pendek (3 hingga 6 bulang) yang dipanggil Sijil
              Modular Kebangsaan.

2.    Setiap Sijil Modular Kebangsaan mewakil set kemahiran minimum
       (minimum skill set) yang membolehkan seseorang mendapatkan
       pekerjaan. Ianya berdiri dengan sendirinya (stand alone) dan tidak
       memerlukan Sijil Modular lain sebagai pra-syarat kemasukan.

3.    Setiap Sijil Modular Kebangsaan akan membawa sejumlah Jam Kredit
       yang akan diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Ianya akan
       menjadi 'blok binaan'(building blocks) untuk tujuan pengumpulan
       mata kredit untuk persijilan yang lebih tinggi.



4.    Sijil Modular Kebangsaan boleh disampaikan dengan pelbagi kaedah
       seperti sepenuh masa,separuh masa,perantisan,work-based learning,
       production based education dan boleh digunakan untuk tujuan
       pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPL)
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
ANIMASI 2D 

 Sijil Modular Kebangsaan
Seni Visual Digital
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai teknik dan cara penghasilan seni visual digital secara manual  dan menggunakan perisian multimedia. Peserta akan mengenali elemen seni lukisan dan prinsip rekabentuk berasaskan computer. Peserta akan dapat menghasilkan lukisan asas yang terdiri daripada lukisan geometri & organic dan manipulasi objek geometri dan organic. Mereka juga akan mengaplikasikan elemen seni dan prinsip rekabentuk dalam lukisan secara digital. Di samping itu, mereka akan belajar melukis karektor bermula dari aksi badan, ekspresi dan karektor stereotaip.

Sijil Modular Kebangsaan
Pra Poduksi Animasi
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori da amali berkaitan penghasilan idea, penulisan skrip, rekabentuk produksi dan penghasilan papan cerita. Mereka akan diberi latihan secara praktikal mulai dari merangka konsep cerita, menstruktur cerita dan menjalankan rekabentuk props dan latarbelakang produksi. Peserta juag berpeluang menulis skrip mengikut format sebenar serta merakamkan dialog. Seterusnya menggabungkan visual dan rakaman dialog untuk menghasilkan papan cerita berbentuk animatik.Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori  dan amali berkaitan penghasilan prop. Penghasilan latabelakang dan kesan khas untuk latarbelakang bagi persekitaran babak animasi. Peserta akan dilatih menghasilkan lukisan berdasarkan perspektif, melukis pelbagai sudut pandangan serta mewarna props dan latarbelakang. Merka akan dilatih mewarna latarbelakang mengikut waktu dan mood yang berbeza.








Sijil Modular Kebangsaan
Rekabentuk Props dan Latarbelakang
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori  dan amali berkaitan penghasilan prop. Penghasilan latabelakang dan kesan khas untuk latarbelakang bagi persekitaran babak animasi. Peserta akan dilatih menghasilkan lukisan berdasarkan perspektif, melukis pelbagai sudut pandangan serta mewarna props dan latarbelakang. Merka akan dilatih mewarna latarbelakang mengikut waktu dan mood yang berbeza. 

Sijil Modular Kebangsaan
Produksi Digital Animasi 2D
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berkaitan teknik asas animasi yang merangkumi rigging pada karektor, animasi keyframe dan beberapa teknik penting mengikut prinsip-prinsip animasi. Perincian turu diberikan ke atas penghasilan kesan dinamik dan kesan partikel yang digunakan untuk menghasilkan ababk animasi yang lebih menarik. Peserta akan diberikan kemahiran menetapkan pengcahayaan dan kedudukan kamera yang sesuai untuk babak animasi. 

Sijil Modular Kebangsaan 
Pasca Produksi Animasi 2D
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses yang betul untuk pasca produksi. Peserta akan diberi kemahiran seperti penghasilan komposisi, penghasilan kesan khas, penyuntingan audio dan penyuntingan akhir. Peserta juga diberi ruang untk meneroka potensi pasca produksi mengikut krativiti. Peluang pekerjaan yang ditawarkan seperti penyunting, pereka kesan khas dan krew pasca produksi.







SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
LUKISAN SENIBINA 
Sijil Modular Kebangsaan
LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan lukisan persembahan senibina. Mereka didedahkan dengan lukisan geometri senibina,pemahaman mengenai lukisan pelan,keratan dan pandangan bagi mengasilkan lukisan persembahan senibina yang meliputi pembinaan model 3 dimensi, persembahan bercetak dan persembahan slaid. Kemahiran yang diperolehi dapat membantu memudahkan komunikasi anatara pereka  dan pelanggan seterusnya dapat memasarkan idea tersebut.
 

 Sijil Modular Kebangsaan
LUKISAN KERJA SENIBINA
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan lukisan kerja senibina berbantu. Mereka didedahkan dengan lukisan kerja bagu rumah kediaman setingkat, dua tingkat, berbilang tingkat dan lukisan pengubahsuaian. Penekanan diberikan bagi memenuhi kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Kemahiran yang diperolehi dapat membantu bagi menghasilkan lukisan kerja senibina untuk mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan.
 

 Sijil Modular Kebangsaan
MULTIMEDIA SENIBINA
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan persembahan multimedia dalam bidang senibina. Mereka didedahkan dengan perisian-perisian yang dipraktikan di industri untuk menghasilkan persembahan walkthrough dan flythrough dengan sokongan audio. Kemahiran yang diperolehi dapat membantu proses penyampaian idea denan lebih realistik bagi memudakan pelanggan menghayati rekabentuk sesuatu bangunan secara keseluruhan.

Sijil Modular Kebangsaan
PEMBUATAN MODEL SENIBINA
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan model senibina. Model yang dihasilkan merangkumi model bangunan kediaman, bangunan komersial dan perancangan bandar. Mereka didedahkan dengan kaedah pembuatab  model juga penggunaan pelbagai bahan pembuatan model berdasarkan bahan binaan dan rupabentuk sebenar. Kemahiran yang diperolehi dapat membantu menghasilkan model senibina bagi tujuan dan gambaran yang lebih jelas secara nyata.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENYELENGGARAAN BANGUNAN 


Sijil Modular Kebangsaan
Perpaipan Domestik
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan servis dan pemasangan paip domestic,paip sisa da kumbahan, menyelenggara dan memasang tangki air, memasang sistem air panas dan melaksankan kerja-kerja penyelenggaraan untuk sistem perpaipan domestik. Peserta  juga akan didedahkan kepada perkhidmatan pelanggan dalam member perkhidmatan servis perpaipan kepada pelbagai pelanggan. Di akhir kursus ini, peserta akan boleh menjadi kontraktor perpaipan. Kemahiran ini penting dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.


 Servis Penyamanan Udara Domestik
Sijil Modular Kebangsaan
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan servis penyejuk dan penyaman udara domestic termasuk. Kemahiran ini termasuk kemahiran perkhidmatan pelanggan dan juga kemahiran dalam penyelenggaraan sistem penyaman udara “ window unit “, “split unit” , dan “multi-split unit”. Kemahiran ini penting dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan bangunan







 Sijil Modular Kebangsaan
Pendawaian Domestik
Peserta dapat melakukan pendawaian permukaan “surface wiring” fasa tunggal, kandungan Kursus ini meliputi proses kerja pendawai yang merangkumi proses pendawaian, pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Kemahiran ini penting dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan bangunan

Sijil Modular Kebangsaan
Kimpalan Arka
Peserta dapat melakukan kerja-kerja asas kimpalan arka untuk tujuan melakukan membaiki peralatan-peralatan tertentu di dalam bangunan. Kandungan kursus ini meliputi proses kimpalan untuk pelbagai ketebalan dan juga sudut kimpalan. Kemahiran ini penting dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan bangunan

Sijil Modular Kebangsaan
Kemasan Bangunan
Peserta dapat melakukan pelbagai kerja-kerja kemasan bangunan seperti memasang jubin, mengikat bata dan juga memasang siling plaster. Kemahiran ini penting dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMASANGAN ELEKTRIK

Sijil Modular Kebangsaan
 Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal
Peserta dapat melakukan pendawaian permukaan “surface wiring” fasa tunggal. Kandungan kursus ini meliputi proses kerja pendawai yang merangkumi proses pendawaian, pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarika-syarikat kontraktor elektrik.

Sijil Modular Kebangsaan
 Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan Sesalur Fasa Tunggal
Peserta dapat melakukan pendawaian pembuluh dan sesalur :conduit dan trunking wiring” fasa tunggal. Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membengkok, memotong dan memasang pembuluh PVK dan sesalur PVK, termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

Sijil Modular Kebangsaan
Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan
Sesalur Tiga Fasa
Peserta dapat melakukan pendawaian tersembunyi bagi pepasangan pembuluh dan sesalur “conduit and trunking wiring” tiga fasa.Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membenag, membengkok, memotong dan memasang  pembuluh PVK/GI dan sesalur logam, termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Diakhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperlua pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

Sijil Modular Kebangsaan
Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri
Peserta dapat melakukan pendawaian bagi pepasangan yang menggunakan “cable try, cable riser,ducting,steel wire armoured cable and underground cable, main switch board” dan peserta dapat melakukan penyelenggaraan penghawa dingin dan sistem penggera kebakaran. Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawiaan yang merangkumi proses kerja seperti membengkok, memotong dan memasang”ducting and cable tray” menanam “underground table”, menyelenggara pengahwa dingin dan sistem penggera kebakaran termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan. Diahiri kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

Sijil Modular Kebangsaan
 Pemasangan Elektrik Tiga Fasa
Peserta dapat mengenal jenis-jenis motor sangka tupai, pemutar berlilit  dan motor segerak serta mengenal binaan, merombakrawat, pemasangan dan kawalan motor. Peserta akan juga mengenal jenis-jenis penghidup motor seperti penghidup talian terus, bintang delta. Mara songsang, perintang pemutar,”auto-transformer “ dan “soft startet”. Peserta juga akan didedahkan dengan teknik pemasangan motor seperti “ aligment” dan “blancing”  

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

RANGKAIAN KOMPUTER


Sijil Modular Kebangsaan
PEMBANGUNAN RANGKAIAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pemasangan rangkaian komputer berwayar dan pemasangan rangkaian tanpa wayar. Persiapan awal mengenai pemilihan tempat,bahan,peralatan,kaedah pemasangan dan penyambungan, jenis sambungan serta struktur rangkaian yang akan dibangunkan akan dijelaskan terlebih dahulu agar peserta mampu menyediakan rangkaian mengikut kehendak pengguna. Kaedah pemasangan trunking dan penyambungan kabel juga dititikberatkan agar kualiti kerja dapat dihasilkan selain peserta berupaya melakukan pemasangan kabel ke faceplate, patch panel, wall box dan penyambung kabel. Disamping itu, pemasangan rangkaian tanpa wayar juga diberi tunjuk ajar kepada peserta agar mengikuti peredaran masa yang kini lebih menjurus kepada rangkaian tanpa wayar. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik angkian atau seorang usahawan rangkaian komputer.

Sijil Modular Kebangsaan
PENSTRUKTURAN RANGKAIAN
Peserta akan didedahkan kepada kemahiran teori dan amali serta kaedah mengkonfigurasi peralatan-peralatan rangkaianseperti switch,router,ADSL modem dan ADSL router serta firewall. Kemahiran ini termasuk konsep teori dan rekabentuk rangkaian,penstrukturan dan penyelenggaraan rangkaian. Peserta akan diberikan pnekanan kepada konfigurasi rangkaian setempat (LAN), konfigurasi rangkaian metropolitan (MAN) dan konfigurasi rangkaian luas (WAN). Konfigurasi peralatan rankaian ini meliputi aspek kebolehcapaian dan keselamatan rangkaian,perkara yang perlu dikonfigurasi dan aspek keselamatan perlu ditekankan agar peserta mampu menghasilkan rankaianyang bermutu dan menepati ciri-ciri keselamatanyang dikehendaki. Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pembantu pentadbir rangkaian atau seorang usahan rangkaian komputer.

Sijil Modular Kebangsaan
PEMBANGUNAN SERVER
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan secara teori mahupun amali untuk melaksanakan  pembangunan server yang diperlukan dalam sesebuah rangkaian komputer. Peserta akan diberikan tunuk ajar dari segi teori dan amali pembangunan server dan servis yang diperlukan dalam sesuatu  rangkaian. Kemahiran ini termasuk konfigurasi domain name server (DNS), konfigurasi active directory server (AD), konfigurasi proxy dan DHCP server, dan konfigurasi webserver. Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pembantu tadbir rangkaian atau seorang usahawan komputer.




Sijil Modular Kebangsaan
PEMBANGUNAN KESELAMATAN RANGKAIAN
Peserta akan diberi pendedahan tentang keperluan da konsep dalam keselamatan rangkaian,jenis serangan terhadap rangkaian,perkhidmatan keselamatan rangkaian dan mekanisme keselamatan rangkaian. Peserta juga akan diajar supaya mampu menilai kriteria keselamatan dengan mengenalpasti amalan terbaik yang digunapakai untuk keselamatan rangkaian. Kriteria tersebut merangkumi teknik penyulitan,kawalan jauh,pengesanan dan pencegahan pencerobohan,Rangkaian Maya Persendirian, penggunaan firewall, honeypots AAA, keselamatan infrastruktur dan keselamatan fizikal. Penggunaan polisi keselamatan dan isu perundangan di dalam pembangunan keselamatan rangkaian diberi penekanan secara teori dan amali. Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pembantu tadbir rangkaian atau seorang usahawan rangkaian komputer

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

MEKANIKAL PEMBUATAN


Sijil Modular Kebangsaan

LUKISAN KEJURUTERAAN

Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan Lukisan Kejuruteraan. Kemahiran ini termasuk Penghasilan Lukisan Kejuruteraan Mekanikal,Penghasilan Lukisan Terbantu Komputer(2D) dan Penghasilan Lukisan Terbantu Komputer (3D). Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pelukis pelan mekanikal.


Sijil Modular Kebangsaan 
PEMESINAN KONVENSIONAL
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan Pemesinan Konvesional. Kemahiran ini termasuk Penghasilan Pengoperasian Mesin Larik, Pengoperasian Mesin Kisar dan Pengoperasian Mesin Canai. Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai jurumesin.


Sijil Modular Kebangsaan
PEMESINAN CNC
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan Pemesinan CNC. Kemahiran ini termasuk Pengoperasian Mesin CNC Larik, Pengoperasian Mesin CNC Kisar dan Pengoperasian Mesin EDM. Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai jurumesin SNC.


Sijil Modular Kebangsaan 
KAWALAN SISTEM AUTOMASI
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan Kawalan Automasi. Kemahiran ini termasuk Aplikasi Sistem Pneumatik, Aplikasi Sistem Hidraulik, Aplikasi Sistem Elektro-Mekanikal dan Pengaturcaraan Sistem PLC. Di akhir program ini,peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik automasi.